- Membantu ibu ketika mengandung: Sapu di tempat bermasalah, seperti bengkak2 dan sembab bahagian kaki serta kulit pecah berjalur-jalaur.
- Membantu ibu lepas bersalin: Sapu dan urut di bahagian perut, ari-ari hingga ke hujung kaki juga di bahagian belakang hingga ke punggung. (sebaiknya Bidan atau orang yang tahu mengurut). lakukan 7 hari atau 44 hari. Selepas 7 hari boleh urut sendiri atau suami lakukan. Ia penting bagi menjaga badan dan peranakan kembali seperti asal, Perawan semula. Jika rajin untuk menjaga anggota peranakan, setiap lepas haid hendaklah disapu dan urut-urut bahagian itu setiap bulan. Minyak itu juga disapu bahagian perut hingga ari-ari kemudian baharu bertungku.
- Petua bertungku: Taburkan jintan hitam , Halba atas tungku yang dipanaskan kemudian balut dengan daun mengkudu dan kain pada lapisan luar. bertungkulah.
- Rawatan keputihan: Sapu bahagian sulit peranakan selepas mandi setiap hari.
- Petua tambahan bagi rawatan keputihan: sediakan tiga helai daun sireh, secubit jintan hitam, sebutir garam. Direbus dengan tiga gelas air hingga tinggal segelas. Bila suam masuk setengah sudu gulai madu, kemudian minum. Amalkan sehingga sembuh.
- Senggugut: Sapu dibahagian pernakan, perut dan ari-ari.
- Senak - kembung : Urut bahagian perut dan betis.
- Sakit pinggang: Urut semua bahagian pinggang diikuti paha hingga perut betis terus kekaki.
- Sakit ketika haid: sapu dan urut dibahagian perut hingga ari-ari.
- Sesak nafas, batuk, penat, lelah, sakit kerongkong, sakit dada, ulu hati: sapu di kawasan mulai tengkuk hingga ke dada dan perut.
- Kulit kaki tumit merekah: cuci dan berus bahagian itu, bila kering sapu dengan minyak bidan tujuh.
- Mengempiskan perut (awet muda): ambil sebiji limau nipis, airnya dicampur dengan kapur sirih dan minyak Bidan Tujuh, sapu bahagian perut.
- Gatal-gatal, ruam, terutama kanak-kanak, di semua bahagaian seperti celah paha, punggung, bahagian sulit, jari kaki dan sebagainya: sapu selepas mandi.
- Membantu Bayi luruh pusat : Sapu di pusat dan sekitarnya.
- Membantu bayi menghilang senak, kembung: sapu bahagian perut dan betis.
- Membantu menyembuh Kanak-kanak atau sesiapa kencing ketika tidur: sapu diperut hingga ari-ari dan punggung sebelum tidur tiap malam.
- Kebas kaki tangan: urut di tempat berkenaan di tapak tangan dan kaki.
Friday, January 29, 2010
Cara Guna Minyak Bidan 7
Sunday, January 24, 2010
Info: PETUA DAN AMANAT BIDAN 7......
Dijemput bersama produk bidan7...
Tiada alkohol.
Tidak mengandungi bahan berbahaya bagi kesihatan badan.
Minyak Bidan 7, Losyen Pelansing Bidan 7 dan Bam Bidan 7; mempunyai kelebihan, khasiat dan kemujaraban tersendiri. Sesiapa sahaja boleh menggunakan.
Bagaimanapun, adalah terbaik jika mendahului membaca surah Al Fatihah, diikuti Al Ikhlas, Al Falak, Al Nas, tiap satu sekali ,diikuti tiga kali selawat. Niat bagi menghilangkan sesuatu penyakit kemudian sapu dan urutlah ditempat bermasalah.
Saturday, January 23, 2010
Losyen Pelansing - Bidan 7
Losyen Pelansing Bidan 7, khusus membantu mengurangkan kegemukan dan perut buncit yang banyak dihidapi pada zaman canggih ini. Secara langsung sebagai awet muda.
Faktor kegemukan dan buncit perut bermula apabila seseorang itu terlampau banyak makan, sedangkan kurang bersenam. Banyak alasan diberikan mereka terbabit dengan penyakit itu konon tidak ada masa melakukan sebarang senaman. Bagi wanita, kegemukan berlaku selepas berkahwin dan melahirkan anak. Ramai ibu selepas melahirkan anak langsung membuang kaedah tradisional yang diamalkan Bidan 7.
Losyen Pelansing Bidan 7 adalah amalan turun temurun kini hampir pupus. Kebanyakan orang menggunakan losyen atau minyak angin moden.
Losyen Pelansing Bidan 7 menggunakan 100 peratus herba tradisional berbanding losyen moden menggunakan bahan kimia dan ada juga bahan haram seperti alkohol.
Cara amalan: Losyen Pelansing Bidan 7 disapu pada sekitar perut manakala Minyak Bidan 7 untuk bahagian ari-ari ke bawah bagi wanita lepas bersalin.
Halal, Bersih, Berkualiti Untuk Semua.
Monday, January 4, 2010
Proses Minyak Bidan 7
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah yang maha berkuasa, selepas lebih lima tahun minyak Bidan 7 terhenti pemprosesannya, kini diwujud semula atas permintaan pelbagai pihak, terutama keluarga, rakan-rakan dan mereka yang selama ini menggunakan minyak Bidan 7 sebagai satu alternatif, bahawa setiap rumah wajar ada minyak berkashiat itu.
Minyak Bidan 7 bermanfaat bagi membantu (dengan izin Allah) meringan atau menyembuhkan masalah kesihatan seseorang.
Sesungguhnya, MALANG TIDAK BERBAU, tiap individu terdedah dengan pelbagai kerenah mengancam kesihatan, tidak kira waktu, siang atau malam.
Contohnya, anda atau keluarga tiba-tiba jatuh, tergeliat, senak, kembung, sakit urat, sengatan berbisa, gatal-gatal seluruh badan, batuk, lelah, penat, sakit kerongkong, sakit dada, ulu hati, sakit belakang, pinggang, sengal-sengal, kebas kaki tangan, kaki tumid merekah, sesak nafas, rosdong (serperti hama melata di muka dan hidung), boleh digunakan hanya dengan mengosok ditempat yang bermasalah.
minyak Bidan 7 boleh dianggap sebagai DR peribadi bagi membantu menyelesaikan masalah itu..(dengan izin Allah).
Selain itu Minyak Bidan 7 dapat bantu ibu sebelum dan lepas bersalin. BOLEH DIJADIKAN MINYAK SELUSUH memudahkan bersalin.
Sesuai sebagai minyak urut 44 hari atau 100 hari selepas melahirkan bayi.CUMA dapatkan sesiapa yang pandai mengurut, sebaiknya bidan kampung untuk mengurut empat lima hari, selepas itu minta suami mengurut.
BAYI juga sesuai menggunakan losyen itu. sapu atau gosok di tempat perlu, seperti di pusat, memudahkan luruh tali pusat - perut, (elak senak, kembung) pinggang, celah paha, bahagian punggung (elak gatal-gatal, ruam).
SESUNGGUHNYA, sesiapa juga wajar guna minyak ini, ia sebagai satu usaha (ihtiar). Yang menyembuhkan hanya dengan kuasa ALLAH.
Halal,Bersih, Berkualiti Untuk Semua.
PELBAGAI BAHAN HERBA
Pelbagai tumbuhan herba tradisional seperti akar, daun, teras, kulit pokok digunakan untuk menjadikan Losyen Bidan 7, Minyak Bidan 7 dan Bam Bidan 7. Ia membabitkan rempah ratus seperti Jintan Hitam, Kunyit, Lengkuas, Halia, lada, Serai Wangi, Halban, Tenusu, Inai dan pelbagai lagi.
Semua bahan dimasak dengan minyak kelapa beberapa hari, kemudian ditapa sekurang-kurangnya tiga bulan. Di masak pula beberapa hari lagi, selepas itu dibotolkan.
Semua bahan dimasak dengan minyak kelapa beberapa hari, kemudian ditapa sekurang-kurangnya tiga bulan. Di masak pula beberapa hari lagi, selepas itu dibotolkan.
Inilah perbedaan Losyen Bidan 7, Minyak Bidan 7, dan Bam Bidan 7 berbanding minyak angin berjenama lain.
MATLAMATNYA....SATU...bagi MEMBANTU MENYELESAI DAN MENYIHATKAN MASALAH KESIHATAN BADAN SESEORANG. INSA' ALLAH, BERKHASIAT.
MATLAMATNYA....SATU...bagi MEMBANTU MENYELESAI DAN MENYIHATKAN MASALAH KESIHATAN BADAN SESEORANG. INSA' ALLAH, BERKHASIAT.
Bidan 7, mengalu-alukan sesiapa juga untuk kegunaan sendiri atau menjadi peniaga produk ini, hubungi 017 4890224 ATAU sms. Peratus keuntungan tinggi.
Produk pertama dunia mengekalkan bahan tradisional dan paling laris dipasaran.