Friday, January 29, 2010

Cara Guna Minyak Bidan 7

  • Membantu ibu ketika mengandung: Sapu di tempat bermasalah, seperti bengkak2 dan sembab bahagian kaki serta kulit pecah berjalur-jalaur.
  • Membantu ibu lepas bersalin: Sapu dan urut di bahagian perut, ari-ari hingga ke hujung kaki juga di bahagian belakang hingga ke punggung. (sebaiknya Bidan atau orang yang tahu mengurut). lakukan 7 hari atau 44 hari. Selepas 7 hari boleh urut sendiri atau suami lakukan. Ia penting bagi menjaga badan dan peranakan kembali seperti asal, Perawan semula. Jika rajin untuk menjaga anggota peranakan, setiap lepas haid hendaklah disapu dan urut-urut bahagian itu setiap bulan. Minyak itu juga disapu bahagian perut hingga ari-ari kemudian baharu bertungku.
  • Petua bertungku: Taburkan jintan hitam , Halba atas tungku yang dipanaskan kemudian balut dengan daun mengkudu dan kain pada lapisan luar. bertungkulah.
  • Rawatan keputihan: Sapu bahagian sulit peranakan selepas mandi setiap hari.
  • Petua tambahan bagi rawatan keputihan: sediakan tiga helai daun sireh, secubit jintan hitam, sebutir garam. Direbus dengan tiga gelas air hingga tinggal segelas. Bila suam masuk setengah sudu gulai madu, kemudian minum. Amalkan sehingga sembuh.
  • Senggugut: Sapu dibahagian pernakan, perut dan ari-ari.
  • Senak - kembung : Urut bahagian perut dan betis.
  • Sakit pinggang: Urut semua bahagian pinggang diikuti paha hingga perut betis terus kekaki.
  • Sakit ketika haid: sapu dan urut dibahagian perut hingga ari-ari.
  • Sesak nafas, batuk, penat, lelah, sakit kerongkong, sakit dada, ulu hati: sapu di kawasan mulai tengkuk hingga ke dada dan perut.
  • Kulit kaki tumit merekah: cuci dan berus bahagian itu, bila kering sapu dengan minyak bidan tujuh.
  • Mengempiskan perut (awet muda): ambil sebiji limau nipis, airnya dicampur dengan kapur sirih dan minyak Bidan Tujuh, sapu bahagian perut.
  • Gatal-gatal, ruam, terutama kanak-kanak, di semua bahagaian seperti celah paha, punggung, bahagian sulit, jari kaki dan sebagainya: sapu selepas mandi.
  • Membantu Bayi luruh pusat : Sapu di pusat dan sekitarnya.
  • Membantu bayi menghilang senak, kembung: sapu bahagian perut dan betis.
  • Membantu menyembuh Kanak-kanak atau sesiapa kencing ketika tidur: sapu diperut hingga ari-ari dan punggung sebelum tidur tiap malam.
  • Kebas kaki tangan: urut di tempat berkenaan di tapak tangan dan kaki.

No comments:

Post a Comment